Ads 468x60px

Wednesday, September 12, 2012

Pemimpin Pakatan Dihalang Berdebat Isu Talam

Hari-hari bantai PR Selangor berkenaan isu talam. Bila sampai masa berdebat terus mengelak.


Friday, September 7, 2012

PKR Lancar Treler Jelajah 'Merdeka Rakyat'



PKR melancarkan sebuah treler yang bakal digunakan untuk kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini di ibu pejabat PKR.



Dr Wan Azizah (gambar) dalam ucapan perasmiannya memberitahu treler ini akan menjadi simbol baru buat Pakatan Rakyat (PR) dan merupakan wadah baru bagi perjuangan rakyat.

Ogos lalu, PKR juga telah melancarkan sebuah bas ekpres yang digunakan untuk kempen 'Jelajah Merdeka Rakyat' namun terdapat segelintir mereka yang kurang senang hinggakan ia diserang pihak tidak bertanggungjawab di Kota Bharu.


“Treler tersebut akan memulakan perjalanannya dalam program ceramah pada malam ini yang akan berlangsung di Rantau, Negeri Sembilan.

“Saya berharap tiada lagi insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Kelantan dan Kedah baru-baru ini,” katanya - Jalan Pulang

Thursday, July 19, 2012

Cara Shalat Tarawih


Shalat Tarawih adalah shalat malam yang dikerjakan pada bulan Ramadhan. Shalat Tarawih hukumnya sunah muakkad, boleh dikerjakan sendiri atau berjama'ah.

Shalat Tarawih dilakukan sesudah shalat Isya sampai waktu fajar. Jumlah raka'at yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ada delapan raka'at.

Cara mengerjakan Shalat Tarawih :
Tiap-tiap dua rakaat diakhiri dengan salam, setelah selesai shalat tarawih hendaknya diteruskan dengan shalat witir, sekurang kurannya satu rakaat. Umumnya shalat witir dikerjakan tiga raka'at dengan dua salam dan boleh juga dikerjakan tiga raka'at satu salam.

Surat yang dibaca sesudah Al-Fatihah pada tiap-tiap raka'at boleh mana saja yang kita kehendaki. Umpamanya mulai dari surat Al-Takasur sampai surat Lahab, sedangkan pada rakaat kedua setelah Fatihah yang dibaca boleh sembaran surat, tetapi diutamakan surat Al-Ikhlash.

Niat mengerjakan shalat Tarawih :

َأُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا/إِمَامًا للهِ تَعَالَى
"USHALLI SUNNATAT-TARAAWIIHI RAK'ATAINI (MA'MUUMAN / IMAAMAN) LILLAHI TA'AALA"

Saturday, May 26, 2012

Contoh Pemimpin terbaik



Gambar yang memberi kita seribu makna... MB Kelantan melakukan solat sunat syukur selepas beliau ternampak pelajar-pelajar dari sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yg sedang sesi mukhayyam tarbawi melakukan solat sunat dhuha bersembahnyang tanpa mengunakan sejadah dan hanya berlantaikan tanah. MB Kelantan menangis teresak esak sewaktu melakukan solat sunat ni.

MB Kelantan menyatakan beliau menangis ketika melakukan solat sunat ni kerana terlalu gembira apa yg telah dilakukan oleh pelajar pelajar sekolah YIK berkenaan.

Tuesday, May 22, 2012

Debat PTPTN : Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan!!



Video Penuh Debat PTPTN!!

Pusingan Pertama

Pusingan Kedua




Pusingan Ketiga


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.


Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang  didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Penyakit Pening Vertigo – Dunia Bagai Berputar


Masalah pening Vertigo – Penyakit ketidakseimbangan dalam telinga.
Ruang yang dilihat di sekelilingnya seakan-akan sedang berputar. Pandangannya yang berpusing-pusing itu seperti orang yang baru kali pertama menaiki roller coaster. Disertai pula rasa loya dan muntah, si penderita keadaan ini adakalanya takut untuk bergerak. Diagnosis Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Kuljit Singh mendapati semua itu adalah simptom kepada penyakit pening yang berpunca daripada ketidakseimbangan dalam telinga atau dikenali juga sebagai vertigo. Jelas Kuljit, terdapat beberapa simptom yang menjadi petunjuk kepada penyakit ini seperti pergerakan ritma mata yang abnormal (nistagmus), pening serta loya dan muntah. Dalam kes-kes lazim, seseorang pada mulanya hanya menganggap ia sekadar pening biasa, namun tidak dapat menggambarkan keadaan sensasi tidak stabil, rasa melayang serta penglihatan yang berpinar-pinar. “Bagi penghidap vertigo Benign Paroxysmal Positional (BPPV), serangan seringkali berlaku ketika bangun tidur pada waktu pagi dan disertai kombinasi simptom lain.
“Tempoh serangan mungkin hanya sekitar satu minit namun sensasi serangan tersebut mungkin berakhir setelah beberapa minggu,” jelasnya tentang episod pening melampau namun singkat itu.

Thursday, May 17, 2012

Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi Ramli


Yang Dinanti Bakal Tiba. Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi Ramli, anjuran Kumpulan Media Karangkraf akan dibawakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam ( Selasa, 22 Mei 2012 )
Sumber Kami Boikot Buletin Utama TV3

Monday, May 14, 2012

Sesuatu Yang Be End Tak Pernah Buat Untuk Rakyat 1 Malaysia




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Program Jom Shopping bagi Parlimen Lembah Pantai bagi Siri ke-5 telah diadakan di Tesco Scott Garden, Jalan Klang Lama Ahad yang lepas (13 Mei 2012). Seramai 200 peserta yang terpilih iaitu Warga Emas Anak Kelahiran Negeri Selangor tetapi menetap di Lembah Pantai diraikan di dalam Program ini bershopping bersama YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.


Kebanyakkan daripada mereka melahirkan rasa gembira dan seronok diberikan Baucer RM 100.00 untuk membeli barangan keperluan harian. Sehingga kini, bagi Parlimen Lembah Pantai, seramai hampir 500 warga emas telah diraikan di dalam program Jom Shopping ini.
Bagi mereka yang masih belum mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas, sila hadir ke Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk mendaftarkan diri di bawah program ini.

Monday, May 7, 2012

Nurul Izzah mahu 6 penjelasan Majlis Fatwa


SAYA terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa berikut: "Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik."

Pertama, perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihan raya bebas dan adil tidak haram?
Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?

Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am - adakah semuanya haram?

Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?

Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihan raya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihan Raya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihan Raya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihan raya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15 peratus setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?

Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihan raya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?

Sebagai makluman, saya telah membuat pertanyaan rasmi di sidang Parlimen yang lepas kepada Perdana Menteri merujuk soalan berikut pada 22 Mac 2012, iaitu minta Perdana Menteri  menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan Fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihan raya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing sebagai balasan sokongan kepada Kerajaan Pusat. Jawapan Senator (Mejar Jeneral Bersara), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri:" Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berpandangan tidak ada keperluan untuk berbincang dan memberikan fatwa berkaitan penipuan dalam pilihan raya. Ini kerana, dalam Islam, hukum bagi sebarang bentuk penipuan adalah jelas iaitu tidak dibenarkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah mempunyai undang-undang dan peraturan yang boleh mengawal dan mengendalikan proses serta perjalanan pilihan raya di Negara ini agar berlangsung dengan telus dan adil."
Malangnya jawapan yang diberikan oleh wakil Perdana Menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bahawa Majlis Fatwa tidak perlu membuat fatwa di atas perkara yang ditanya walaupun semua bentuk penipuan adalah tidak dibenarkan agama Islam.

Akhir sekali, saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dengan segera memberikan jawapan kepada kesemua persoalan diatas agar kesucian Islam terpelihara

* Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR

Sumber Sinarharian

Sunday, May 6, 2012

Saya tak pernah derhaka - Azmin Ali


 Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al-Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak mengganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

Monday, April 23, 2012

Penghinaan Terhadap Anwar Tidak Memberi Bekas


Dari http://msomelayu.blogspot.com

Malam tadi telah dilancar secara rasmi sebuah Ngo yang bertujuan khusus untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Perlancaran itu dilakukan oleh presiden Perkasa(m), .. lupa nama. Ngo ini entah yang ke berapa dalam urutan Ngo di Malaysia yang seracunya dan juga disertai oleh muka-muka masam dan ‘komoh’ yang sama. Di Malaysia ini jangan pelik kalau seseorang individu itu menyertai lebih dari 10 buah Ngo yang berlainan jenama atau pun yang anggotanya suami isteri saja.
Gaya baru mempersonakan penonton.
Malang sedikit mereka tidak pernah menukar wajah atau mengenakan topeng setiap kali menyertai Ngo. Itulah menyebabkan orang mudah mengenali mereka. Mereka juga tidak pernah mengikis atau memotong lidah mereka menyebabkan orang gampang kena mereka menerusi suara percakapan mereka. Suara mereka sumbang dan telor bila membaca Hadith.
Mereka juga pakai kosmetik serupa sahaja. Penubuhan Ngo di Malaysia sudah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan mutakhir ini. Apakah ini penyakit orang Melayu yang gemar mengikut dan menurut apa yang orang lain buat. Persis perniaga gerai, seorang bukan gerai pisang goreng semua buka gerai pisang goreng akhirnya menyebabkan semua terpaksa tutup kerana bersaing harga.
Mereka yang menubuhkan Ngo dan menggunakan sebagai wadah untuk bersuara adalah mereka yang tidak ada kekuatan diri sendiri atau pun diri mereka sudah tidak laku. Kalau diri mereka laku dan berwibawa cukup mereka bercakap atas kapasiti diri sendiri. Tidak perlu melekatkan apa-apa Ngo atau pun persatuan untuk mengukuhkan idea dan juga pandangan kita.
Saya tidak larat untuk menghitung sudah berapa banyak Ngo yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan menjadi rancak dalam tempoh dua tiga tahun ke belakangan ini. Banyak sangat sampai mat rempit dan pelacur pun ada Ngo. Semua aspirasi penubuhan itu kerana untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim. Tengok saja apa yang disiarkan oleh tv media penjilat buntut, atau diliput oleh media cetak setiap hari memuatkan kenyataan-kenyataan dari ketua Ngo itu. Kita konfius apakah idea mereka yang tak bernilai itu hendak dikongsikan media berkenaan untuk pembaca.
Mereka semua adalah orang yang tidak tetap pendirian dan rosak akal. Hari ini mereka bersama kumpulan politik ini, esok pula kumnpulan lain. Hari ini mereka menentang parti ini esok menyokong setinggi langit. Hari ini memuji dan menyanjungi pemimpin dan tokoh ini, esok mereka akan keji dan hina sehina-hinanya. Inilah wajah dan keperibadian ketua-ketua Ngo itu. Pentas mereka berbagai-bagai. Apakah orang-orang seperti ini boleh diharap untuk menjadi pemimpin?

Sunday, April 22, 2012

Sentiasa mengingati mati - Apa kata saintis



  • Kajian daripada para saintis menunjukkan bahawa mereka yang sering memikirkan tentang mati akan mula membuat perubahan pada hidupnya dengan mengutamakan yang lebih utama.
  • Mereka yang sering memikirkan mati juga akan menjadi lebih sihat dari segi fizikalnya
  • Walaupun kita sekadar mengingati mati dalam keadaan separa sedar, ia mampu membuatkan perubahan positif pada diri kita dan mendidik sifat ingin membantu orang lain.
  • Antara cara menimbulkan perasaan ingat mati secara separa sedar adalah dengan berjalan di kawasan perkuburan, menziarahi orang mati, mengiringi jenazah, menguruskan jenazah dan lain-lain seumpama dengannya.
  • Ringkasnya saintis telah meolak persepsi masa lalu bahawa mereka yang ingat mati akan menjadi tidak produktif dan membunuh cita-cita. Baca laporannya di sini
  • Berapa kali kita ingat mati dalam satu hari. Apakah bagus bagi seseorang yang sentiasa mengingati mati. Adakah orang yang sentiasa ingat mati akan menjadi tidak produktif dan mula berteleku di tikar sembahyang menunggu saat masuk ke kubur.
  • Semua persoalan tersebut boleh kita cuba rungkaikan dengan melihat hadith-hadith di bawah:
    • Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.
      •  ”اكثروا ذكر هادم اللذات”
      • Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.
      •  Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab, sabda Nabi s.a.w. yang bererti; “Perbanyakkan ingatan terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”. Kami bertanya Nabi; wahai Rasul Allah apakah yang dimaksudkan dengan (هادم اللذات) Jawab Baaginda; iaitu mati.
    • Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya;
      • “Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah orang mukmin yang afdzal?
      • Jawab baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”. Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya?
      • Jawab Baginda: “اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس” Erinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya”.
    • Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya;
      • sabda Nabi s.a.w. “الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله “.
      • Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.
    • Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya,
      • sabda Nabi s.a.w. “اكثروا ذكر الموت ، فانه يمحص الذنوب ، ويزهد فى الد نيا”.
      • Ertinya: “Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.
    • Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:
      • “كفى بالموت واعظا وكفى بالموت مفرقا”.
      • Ertinya; “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.
    • (Bahan bacaan Kitab al-Tazkirah, karangan al-Qurtubi)

Tuesday, April 10, 2012

DSAI - BENTONG - 8/4/2012


Proton nafi Syed Zainal letak jawatan MD


Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
SHAH ALAM - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini menafikan laporan media mendakwa Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah meletakkan jawatan.
Menerusi satu kenyataanmedia hari ini, Proton berkata, khidmat Syed Zainal masih diperlukan bagi membangunkan syarikattersebut.
“Pengambilalihan Proton masih dalam proses perbincangan dan apabila selesai nanti, Proton menjangkakan sinergi yang lebih kukuh antara ahli pasukan sedia ada dan baru, yang bakal membawa Proton menjadi antara pemain automotif berjaya di peringkat antarabangsa,”katakenyataan itu lagi.

Sumber Sinarharian

Thursday, April 5, 2012

Murtad: Mapim sambut baik kesediaan Selangor




KUALA LUMPUR, 5 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut baik kesediaan Kerajaan Negeri Selangor menyiasat  aduan kes murtad.

“Tindakan ini adalah wajar memandangkan isu ini menjadi  perhatian yang amat sensitif dikalangan umat Islam,” Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Katanya, aduan yang dilaporkan mengenai wujudnya pihak yang telah memurtadkan orang Islam perlu diambil tindakan tegas jika benar mempunyai bukti yang kukuh.

Tegasnya, Mapim berpendirian bahawa soal murtad bukan sahaja soal pelanggaran undang-undang negara, malah ia adalah soal maruah agama dan kemuliaan hukum Allah.

“Keputusan Kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa khas adalah wajar agar pemantauan dan tindakan dapat diambil dengan tepat berdasarkan undang-undang yang wujud,” katanya kepada Harakahdaily.

Wednesday, April 4, 2012

MODEL BARU PROTON - PREVE









preve-front

PUTRAJAYA: Teka teki nama sebenar model kereta terbaru Proton akhirnya terjawab apabila Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan Proton Preve sebagai model terbaru keluarannya yang selama ini menggunakan kod P3-21A.

Nama Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) ini membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan.
Preve model baru Proton

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama tersebut juga adalah seiring dengan hasrat Proton untuk membawa Proton Preve ke peringkat global.

“Jika ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan ianya lebih bermakna,”katanya selepas majlis pandu uji Proton Preve bersama media disini, hari ini.

Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta tambahan.

Menggunakan enjin 1.6 Liter, dan teknologi RESS (kejuruteraan boleh dipercayai dan sistem keselamatan) yang akan memastikan pemanduan dan pengendalian yang cemerlang, model ini turut direka bagi mencapai standard kualiti seperti Jepun.

Didatangkan dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000, dan enam pilihan warna, Proton Preve akan dilancarkan sedikit masa lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Proton Preve akan mula memasuki pasaran Asia dalam tempoh tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia dan menyasarkan jumlah eksport menyumbang lebih 30 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan model Proton untuk tahun ini.
-sinarharian-




gigitankerengga
 
Sumber biaqpila

Gaji
















Bandingkan GAJI kita pula dengan negara jiran!

Selalunya "Mereka" akan bandingkan harga petrol dengan negara jiran. bandingkan harga gula dengan negara jiran. Selalu mencanang kita jauh lebih maju banding certain2 negara.

Hari ni, jom kita bandingkan satu lagi benda yg pastinya "Mereka" tak berapa berani nak bandingkkan, iaitu PURATA TANGGA GAJI.

Sila lihat senarai yg aku sertakan di dalam blog ni. Ini adalah carta purata gaji negara2 di dunia ni mengikut kadar dolar US. Purata gaji dunia adalah pada kadar USD 1,480 sebulan.

Persoalan, dimanakah kita?

Sunday, April 1, 2012

Berita Shahrir keluar Umno kerja budak nakal’


Khalid Abdul Samad
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, tulisan sebuah laman blog semalam, yang mendakwa abangnya, Datuk Seri Shahrir Abd Samad keluar Umno dan menyertai komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai satu bahan sensasi dari individu nakal.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat ini berkata, sekiranya Shahrir, Ahli Parlimen Johor Bahru ingin menyertai Pas, sudah pasti beliau orang pertama mengetahuinya.

“Kalau dia (Shahrir) ingin masuk Pas, saya mestilah orang pertama yang tahu. Apa yang lebih pelik takkan dia buat sidang media masuk Pas dengan lebih 2,000 ahli tanpa pengetahuan saya (Khalid).

“Hal ini sengaja dilakukan budak nakal untuk timbulkan kekeliruan menjelang pilihan raya. Lagipun, mereka (individu nakal) merasakan sempena April Fool boleh mengenakan sesiapa sahaja,” kata beliau yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam.

Beliau turut meminta kepada semua agar mendoakan perkara tersebut menjadi kenyataan.

“Kita doakan sajalah kalau hatinya terbuka untuk masuk Pas,” katanya.

Dalam laporan blog Perakite semalam menyebut Shahrir telah mengumumkan akan keluar Umno bersama 2,000 orang ahli untuk menyertai Pas.

Sumber Sinarharian

Saturday, March 31, 2012

1 APRIL DATANG LAGI

1 APRIL DATANG LAGI... HUKUM SAMBUT APRIL FOOL ( Bergurau & Berhibur Bagi Tujuan Menipu & Mengenakan Orang Lain ) Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e] Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.” [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud] Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini ( April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab: 1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. 2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam. 3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan. 4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan. SILA "LIKE" & SHAREKAN DI WALL ANDA UNTUK KITA BERPESAN-PESAN..
Setuju dengan Husam Musa.

Bersama Tuan Guru Mursyid al-Am

Inilah kesan daulah Islamiyyah yg diterapkan oleh Tuan Guru Mursyid al-Am.

Friday, March 30, 2012

Laman web FAM digodam

SHAH ALAM - Laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam hari ini, dipercayai tengah hari ini - sehari selepas Presidennya Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa timbalan baginda, Tan Sri Annuar Musa telah melakukan "kesalahan besar" dan akan berhadapan dengan hukuman berat.
Penggodam yang hanya menggelar mereka "Mesej dari rakyat_marhein" antara lain meninggalkan beberapa foto dan karikatur yang menggambarkan seolah-olah FAM mengawal dan cuba menutup mulut pegawai-pegawai kanannya daripada membuat kenyataan media.
Selain itu, penggodam juga mesej meminta FAM dirombak semula dan mahu presidennya meletakkan jawatan.
Ini kali kedua laman web FAM digodam selepas kali terakhir pada Oktober lalu. Ketika itu ia digodam berhubung isu kenaikan harga tiket perlawanan Piala Malaysia.
Semalam, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa Annuar telah melakukan satu kesalahan besar dan akan berdepan dengan Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 4 April ini untuk mengetahui keputusan mengenai kesnya itu.
“Dia (Annuar) perlu berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin kerana apa yang dilakukan itu kesalahan besar. Bila sudah buat satu tindakan tidak bijak yang menyalahi undang-undang, dia kena berhadapan dengan tindakan itu,” titah baginda.
Dalam pada itu baginda bertitah, tindakan Annuar itu merupakan sesuatu langkah tidak wajar dan akhirnya memakan diri sendiri.
Baru-baru ini Annuar, bekas menteri Kabinet Persekutuan, melahirkan keraguan terhadap kemampuan Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini ekoran aksi goyah sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun pada satu majlis di Shah Alam baru-baru ini, Annuar berkata, kenyataan beliau disalah tafsir pihak media kerana beliau hanya mengkritik pasukan kebangsaan, tidak merujuk kepada mana-mana individu termasuk Datuk K Rajagobal.
Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenya­taan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pe-ngurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh beri komen mengenai skuad kebangsaan.

Source Sinarharian

CILI FM

Winamp windows Media Player Real Player QuickTime

Anwaribrahim@twitter

TuanGuruNikAziz@twitter

#Sinar Harian

#Pakatan

#UM'NO