Ads 468x60px

Saturday, May 26, 2012

Contoh Pemimpin terbaik



Gambar yang memberi kita seribu makna... MB Kelantan melakukan solat sunat syukur selepas beliau ternampak pelajar-pelajar dari sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yg sedang sesi mukhayyam tarbawi melakukan solat sunat dhuha bersembahnyang tanpa mengunakan sejadah dan hanya berlantaikan tanah. MB Kelantan menangis teresak esak sewaktu melakukan solat sunat ni.

MB Kelantan menyatakan beliau menangis ketika melakukan solat sunat ni kerana terlalu gembira apa yg telah dilakukan oleh pelajar pelajar sekolah YIK berkenaan.

Tuesday, May 22, 2012

Debat PTPTN : Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan!!



Video Penuh Debat PTPTN!!

Pusingan Pertama

Pusingan Kedua




Pusingan Ketiga


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.


Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang  didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Penyakit Pening Vertigo – Dunia Bagai Berputar


Masalah pening Vertigo – Penyakit ketidakseimbangan dalam telinga.
Ruang yang dilihat di sekelilingnya seakan-akan sedang berputar. Pandangannya yang berpusing-pusing itu seperti orang yang baru kali pertama menaiki roller coaster. Disertai pula rasa loya dan muntah, si penderita keadaan ini adakalanya takut untuk bergerak. Diagnosis Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Kuljit Singh mendapati semua itu adalah simptom kepada penyakit pening yang berpunca daripada ketidakseimbangan dalam telinga atau dikenali juga sebagai vertigo. Jelas Kuljit, terdapat beberapa simptom yang menjadi petunjuk kepada penyakit ini seperti pergerakan ritma mata yang abnormal (nistagmus), pening serta loya dan muntah. Dalam kes-kes lazim, seseorang pada mulanya hanya menganggap ia sekadar pening biasa, namun tidak dapat menggambarkan keadaan sensasi tidak stabil, rasa melayang serta penglihatan yang berpinar-pinar. “Bagi penghidap vertigo Benign Paroxysmal Positional (BPPV), serangan seringkali berlaku ketika bangun tidur pada waktu pagi dan disertai kombinasi simptom lain.
“Tempoh serangan mungkin hanya sekitar satu minit namun sensasi serangan tersebut mungkin berakhir setelah beberapa minggu,” jelasnya tentang episod pening melampau namun singkat itu.

Thursday, May 17, 2012

Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi Ramli


Yang Dinanti Bakal Tiba. Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi Ramli, anjuran Kumpulan Media Karangkraf akan dibawakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam ( Selasa, 22 Mei 2012 )
Sumber Kami Boikot Buletin Utama TV3

Monday, May 14, 2012

Sesuatu Yang Be End Tak Pernah Buat Untuk Rakyat 1 Malaysia




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Program Jom Shopping bagi Parlimen Lembah Pantai bagi Siri ke-5 telah diadakan di Tesco Scott Garden, Jalan Klang Lama Ahad yang lepas (13 Mei 2012). Seramai 200 peserta yang terpilih iaitu Warga Emas Anak Kelahiran Negeri Selangor tetapi menetap di Lembah Pantai diraikan di dalam Program ini bershopping bersama YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.


Kebanyakkan daripada mereka melahirkan rasa gembira dan seronok diberikan Baucer RM 100.00 untuk membeli barangan keperluan harian. Sehingga kini, bagi Parlimen Lembah Pantai, seramai hampir 500 warga emas telah diraikan di dalam program Jom Shopping ini.
Bagi mereka yang masih belum mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas, sila hadir ke Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk mendaftarkan diri di bawah program ini.

Monday, May 7, 2012

Nurul Izzah mahu 6 penjelasan Majlis Fatwa


SAYA terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa berikut: "Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik."

Pertama, perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihan raya bebas dan adil tidak haram?
Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?

Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am - adakah semuanya haram?

Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?

Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihan raya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihan Raya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihan Raya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihan raya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15 peratus setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?

Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihan raya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?

Sebagai makluman, saya telah membuat pertanyaan rasmi di sidang Parlimen yang lepas kepada Perdana Menteri merujuk soalan berikut pada 22 Mac 2012, iaitu minta Perdana Menteri  menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan Fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihan raya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing sebagai balasan sokongan kepada Kerajaan Pusat. Jawapan Senator (Mejar Jeneral Bersara), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri:" Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berpandangan tidak ada keperluan untuk berbincang dan memberikan fatwa berkaitan penipuan dalam pilihan raya. Ini kerana, dalam Islam, hukum bagi sebarang bentuk penipuan adalah jelas iaitu tidak dibenarkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah mempunyai undang-undang dan peraturan yang boleh mengawal dan mengendalikan proses serta perjalanan pilihan raya di Negara ini agar berlangsung dengan telus dan adil."
Malangnya jawapan yang diberikan oleh wakil Perdana Menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bahawa Majlis Fatwa tidak perlu membuat fatwa di atas perkara yang ditanya walaupun semua bentuk penipuan adalah tidak dibenarkan agama Islam.

Akhir sekali, saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dengan segera memberikan jawapan kepada kesemua persoalan diatas agar kesucian Islam terpelihara

* Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR

Sumber Sinarharian

Sunday, May 6, 2012

Saya tak pernah derhaka - Azmin Ali


 Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al-Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak mengganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

CILI FM

Winamp windows Media Player Real Player QuickTime

Anwaribrahim@twitter

TuanGuruNikAziz@twitter

#Sinar Harian

#Pakatan

#UM'NO