Ads 468x60px

Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

Video yang menyakitkan hati Najib dan macainya pula tersebar!!.. Saksikan!!



Perlu diingatkan disini bahawa rakyat Pulau Pinang yang di anggap sebagai cerdik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video ini ialah rakyat Pulau Pinang yang menolak Najib dan Barisan Nasional secara terbuka baru-baru ini..

Oleh itu ianya tidak termasuk rakyat Pulau Pinang yang menyokong kepimpinan Najib dan Barisan Nasional..

Dipermudahkan.. Kalau Anwar Ibrahim anggap yang menolak Najib dan BN itu cerdik.. yang menyokongnya pula sudah tentulah kurang cerdik.... he..he...



Sumber

Monday, April 23, 2012

Penghinaan Terhadap Anwar Tidak Memberi Bekas


Dari http://msomelayu.blogspot.com

Malam tadi telah dilancar secara rasmi sebuah Ngo yang bertujuan khusus untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Perlancaran itu dilakukan oleh presiden Perkasa(m), .. lupa nama. Ngo ini entah yang ke berapa dalam urutan Ngo di Malaysia yang seracunya dan juga disertai oleh muka-muka masam dan ‘komoh’ yang sama. Di Malaysia ini jangan pelik kalau seseorang individu itu menyertai lebih dari 10 buah Ngo yang berlainan jenama atau pun yang anggotanya suami isteri saja.
Gaya baru mempersonakan penonton.
Malang sedikit mereka tidak pernah menukar wajah atau mengenakan topeng setiap kali menyertai Ngo. Itulah menyebabkan orang mudah mengenali mereka. Mereka juga tidak pernah mengikis atau memotong lidah mereka menyebabkan orang gampang kena mereka menerusi suara percakapan mereka. Suara mereka sumbang dan telor bila membaca Hadith.
Mereka juga pakai kosmetik serupa sahaja. Penubuhan Ngo di Malaysia sudah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan mutakhir ini. Apakah ini penyakit orang Melayu yang gemar mengikut dan menurut apa yang orang lain buat. Persis perniaga gerai, seorang bukan gerai pisang goreng semua buka gerai pisang goreng akhirnya menyebabkan semua terpaksa tutup kerana bersaing harga.
Mereka yang menubuhkan Ngo dan menggunakan sebagai wadah untuk bersuara adalah mereka yang tidak ada kekuatan diri sendiri atau pun diri mereka sudah tidak laku. Kalau diri mereka laku dan berwibawa cukup mereka bercakap atas kapasiti diri sendiri. Tidak perlu melekatkan apa-apa Ngo atau pun persatuan untuk mengukuhkan idea dan juga pandangan kita.
Saya tidak larat untuk menghitung sudah berapa banyak Ngo yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan menjadi rancak dalam tempoh dua tiga tahun ke belakangan ini. Banyak sangat sampai mat rempit dan pelacur pun ada Ngo. Semua aspirasi penubuhan itu kerana untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim. Tengok saja apa yang disiarkan oleh tv media penjilat buntut, atau diliput oleh media cetak setiap hari memuatkan kenyataan-kenyataan dari ketua Ngo itu. Kita konfius apakah idea mereka yang tak bernilai itu hendak dikongsikan media berkenaan untuk pembaca.
Mereka semua adalah orang yang tidak tetap pendirian dan rosak akal. Hari ini mereka bersama kumpulan politik ini, esok pula kumnpulan lain. Hari ini mereka menentang parti ini esok menyokong setinggi langit. Hari ini memuji dan menyanjungi pemimpin dan tokoh ini, esok mereka akan keji dan hina sehina-hinanya. Inilah wajah dan keperibadian ketua-ketua Ngo itu. Pentas mereka berbagai-bagai. Apakah orang-orang seperti ini boleh diharap untuk menjadi pemimpin?

CILI FM

Winamp windows Media Player Real Player QuickTime

Anwaribrahim@twitter

TuanGuruNikAziz@twitter

#Sinar Harian

#Pakatan

#UM'NO