SEPANG: Penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda
akhirnya mampu menarik nafas lega apabila penantian selama lebih 50
tahun untuk memiliki tanah yang didiami selama ini tercapai.
Usaha memiliki tanah yang menempatkan kediaman 15 keluarga di kampung tersebut mula diusahakan sejak 50 tahun lalu oleh generasi sebelum ini.
Bagaimanapun menurut penduduk yang ditemui selepas majlis penyerahan Borang 5A hari ini, usaha mereka sebelum ini tidak dilayan Kerajaan Negeri yang diterajui Umno-BN.
“Lama hingga dah tiga YB dari BN bertukar, sekarang lega, memang itu yang saya tunggu-tunggu.
“Lebih 50 tahun cuba usahakan, tapi bila kita kemukakan tiada apa-apa jawapan,” ujar Hussin Ahmad (gambar), 71 tahun dengan nada sebak kepada TV Selangor.
Beliau yang mengaku sebelum ini merupakan ahli Umno turut berkata beliau akan memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang ada sekarang dalam pilihan raya akan datang.