Ads 468x60px

Featured Posts

Monday, May 6, 2013

Bukan Tsunami Cina tapi gelombang kedua Tsunami 2008



KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunam Cina' disanggah banyak pihak.

Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut.

Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.

"Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.

"Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.

"Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN.

Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.

Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.



Generasi Y, orang Islam
  
Sementara itu, pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad turut memberi pandangan serupa berhubung isu ini.

Katanya, dakwaan bahawa 'Tsunami pengundi Cina' semata-mata bukan sahaja tidak tepat malah dilihat cuba menjuzukkan keputusan ke arah perkauman.

"Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain.

"Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu ‘wake up call’ kepada BN," katanya juga dalam Facebook.

Menurut beliau, PRU13 ini bukan sahaja golongan Cina yang bangkit, malah sebenarnya menyaksikan kebangkitan beberapa golongan lain termasuk golongan pengundi muda, Gen-Y.

Golongan ini kata Asmadi banyak terdedah kepada media sosial untuk mendapat maklumat dan mereka tidak takut untuk membuat sebarang perubahan.

"Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka," katanya.

Perubahan juga katanya berlaku di kalangan orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.

"Kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku.

"Malah mereka mengangkat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman," katanya.


Sumber Harakahdaily

Sunday, March 10, 2013

Kenyataan Media Tian Chua Isu Lahad Datu.


Kenyataan Penuh Ahli Parlimen batu-Tian Chua-(Lahad Datu)
Kenyataan Media
9 March 2012

Sejak tanggal 1 March,pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrooper pro BN juga menyebarkan Nombor telefon saya dan menghasut penyokong BN untuk menghantar mesej ancaman kepada saya
Pada tanggal 4 March. Parti UMNO telah menghantar surat tuntutan kepada saya bahawa harus memohon maaf kepada UMNO. Di sini saya tegaskan sekali lagi saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada Mahkamah untuk membersihkan nama saya
Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah FITNAH dan pembohongan JAHAT oleh Pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati peranan Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan Negara. Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang terkorban atau menjalankan tanggungjawap dalam keadaan yang sangat mencabar
Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah di war-warkan oleh pemimpin BN dari Perdana Menteri ke Bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota Keselamatan
Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily.com
Saya Hubungi wartawan untuk komen tentang pencerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 March ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan
Perenggan yang kemudian,sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia di nyatakan dalam kontek ada usaha setengah-setengah pemimpin BN dan Bloger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu. Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya di kirim DS Anwar ke manila untuk berunding dengan MNLF. Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa lahad Datu.
Segala ini telah di sifatkan sebagai SENDIWARA oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain
Perkara ini dirumitkan lagi bila Bloger UMNO termasuk Papagomo dan lain-lain rekakan cerita berita bahawa saya berucap di puchong menyifatkan pengorbanan anggota Keselamatan dengan ayat “Komando mati katak”. Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua Bloger yang menyiarkan berita Palsu ini berhenti dalam 24 jam,dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita Palsu ini.
Saya amat kesal terhadap Pemimpin-Pemimpin BN dan juga Media yang dikuasai mereka memutar-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif Politik.
Dalam keadaan Negara kita menghadapi ancaman anasir-anasir ganas, keseluruhan Rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh memberi sokongan penuh kepada Pasukan Keselamatan kita. Malangnya Kerajaan tidak terhenti-henti menyerang politik lawan
Sepatutnya ahli-ahli Politik harus menunjukan rasional dan kematangan untuk membina kesepakatan menghadapi krisis Negara
Saya harap episode tuduh menuduh ini boleh dihentikan serta merta. Kepada anggota Keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan diri, saya sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu domba politik di antara Kerajaan dan Pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan Perjuangan. Rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua
Tian Chua

CILI FM

Winamp windows Media Player Real Player QuickTime

Anwaribrahim@twitter

TuanGuruNikAziz@twitter

#Sinar Harian

#Pakatan

#UM'NO