Kenyataan Penuh Ahli Parlimen batu-Tian Chua-(Lahad Datu)
Kenyataan Media
9 March 2012
Sejak tanggal 1 March,pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah
melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrooper
pro BN juga menyebarkan Nombor telefon saya dan menghasut penyokong BN
untuk menghantar mesej ancaman kepada saya
Pada tanggal 4 March. Parti UMNO telah menghantar surat tuntutan
kepada saya bahawa harus memohon maaf kepada UMNO. Di sini saya tegaskan
sekali lagi saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina
mana-mana pihak. Saya akan serah kepada Mahkamah untuk membersihkan
nama saya
Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah FITNAH
dan pembohongan JAHAT oleh Pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi
pendirian saya bahawa saya menghormati peranan Pasukan Keselamatan dan
jasa mereka dalam tugasan mempertahankan Negara. Saya juga bersimpati
dengan anggota-anggota keselamatan yang terkorban atau menjalankan
tanggungjawap dalam keadaan yang sangat mencabar
Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan
yang telah di war-warkan oleh pemimpin BN dari Perdana Menteri ke Bekas
Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota Keselamatan
Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily.com
Saya Hubungi wartawan untuk komen tentang pencerobohan di Lahad Datu
pada pagi 1 March ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan
berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan
Perenggan yang kemudian,sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia di
nyatakan dalam kontek ada usaha setengah-setengah pemimpin BN dan
Bloger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu. Ia
mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa
saya di kirim DS Anwar ke manila untuk berunding dengan MNLF. Juga ada
dakwaan Anwar mendalangi peristiwa lahad Datu.
Segala ini telah di sifatkan sebagai SENDIWARA oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain
Perkara ini dirumitkan lagi bila Bloger UMNO termasuk Papagomo dan
lain-lain rekakan cerita berita bahawa saya berucap di puchong
menyifatkan pengorbanan anggota Keselamatan dengan ayat “Komando mati
katak”. Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap
keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua Bloger yang
menyiarkan berita Palsu ini berhenti dalam 24 jam,dan saya akan hantar
surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita Palsu ini.
Saya amat kesal terhadap Pemimpin-Pemimpin BN dan juga Media yang
dikuasai mereka memutar-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut
kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan
yang tidak bertanggungjawab dan bermotif Politik.
Dalam keadaan Negara kita menghadapi ancaman anasir-anasir ganas,
keseluruhan Rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh memberi sokongan
penuh kepada Pasukan Keselamatan kita. Malangnya Kerajaan tidak
terhenti-henti menyerang politik lawan
Sepatutnya ahli-ahli Politik harus menunjukan rasional dan kematangan untuk membina kesepakatan menghadapi krisis Negara
Saya harap episode tuduh menuduh ini boleh dihentikan serta merta.
Kepada anggota Keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan
diri, saya sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu domba politik
di antara Kerajaan dan Pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan
Perjuangan. Rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua
Tian Chua
0 comments:
Post a Comment