Dari
http://msomelayu.blogspot.com
Malam tadi telah dilancar secara rasmi sebuah Ngo
yang bertujuan khusus untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim.
Perlancaran itu dilakukan oleh presiden Perkasa(m), .. lupa nama. Ngo
ini entah yang ke berapa dalam urutan Ngo di Malaysia yang seracunya dan
juga disertai oleh muka-muka masam dan ‘komoh’ yang sama. Di Malaysia
ini jangan pelik kalau seseorang individu itu menyertai lebih dari 10
buah Ngo yang berlainan jenama atau pun yang anggotanya suami isteri
saja.
 |
| Gaya baru mempersonakan penonton. |
Malang sedikit mereka tidak pernah menukar wajah atau mengenakan
topeng setiap kali menyertai Ngo. Itulah menyebabkan orang mudah
mengenali mereka. Mereka juga tidak pernah mengikis atau memotong lidah
mereka menyebabkan orang gampang kena mereka menerusi suara percakapan
mereka. Suara mereka sumbang dan telor bila membaca Hadith.
Mereka juga pakai kosmetik serupa sahaja. Penubuhan Ngo di Malaysia
sudah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan mutakhir ini. Apakah
ini penyakit orang Melayu yang gemar mengikut dan menurut apa yang
orang lain buat. Persis perniaga gerai, seorang bukan gerai pisang
goreng semua buka gerai pisang goreng akhirnya menyebabkan semua
terpaksa tutup kerana bersaing harga.
Mereka yang menubuhkan Ngo dan menggunakan sebagai wadah untuk
bersuara adalah mereka yang tidak ada kekuatan diri sendiri atau pun
diri mereka sudah tidak laku. Kalau diri mereka laku dan berwibawa cukup
mereka bercakap atas kapasiti diri sendiri. Tidak perlu melekatkan
apa-apa Ngo atau pun persatuan untuk mengukuhkan idea dan juga pandangan
kita.
Saya tidak larat untuk menghitung sudah berapa banyak Ngo yang
ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan menjadi rancak dalam tempoh dua tiga
tahun ke belakangan ini. Banyak sangat sampai mat rempit dan pelacur pun
ada Ngo. Semua aspirasi penubuhan itu kerana untuk membelasah dan
menyerang Anwar Ibrahim. Tengok saja apa yang disiarkan oleh tv media
penjilat buntut, atau diliput oleh media cetak setiap hari memuatkan
kenyataan-kenyataan dari ketua Ngo itu. Kita konfius apakah idea mereka
yang tak bernilai itu hendak dikongsikan media berkenaan untuk pembaca.
Mereka semua adalah orang yang tidak tetap pendirian dan rosak akal.
Hari ini mereka bersama kumpulan politik ini, esok pula kumnpulan lain.
Hari ini mereka menentang parti ini esok menyokong setinggi langit. Hari
ini memuji dan menyanjungi pemimpin dan tokoh ini, esok mereka akan
keji dan hina sehina-hinanya. Inilah wajah dan keperibadian ketua-ketua
Ngo itu. Pentas mereka berbagai-bagai. Apakah orang-orang seperti ini
boleh diharap untuk menjadi pemimpin?