PUTRAJAYA: Teka teki nama sebenar model kereta terbaru Proton akhirnya terjawab apabila Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan Proton Preve sebagai model terbaru keluarannya yang selama ini menggunakan kod P3-21A.
Nama
Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) ini
membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen
Proton yang berterusan.
Pengarah
Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
berkata, nama tersebut juga adalah seiring dengan hasrat Proton untuk
membawa Proton Preve ke peringkat global.
“Jika
ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan
bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan
ianya lebih bermakna,”katanya selepas majlis pandu uji Proton Preve
bersama media disini, hari ini.
Dengan
berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve
disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20
hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta
tambahan.
Menggunakan
enjin 1.6 Liter, dan teknologi RESS (kejuruteraan boleh dipercayai dan
sistem keselamatan) yang akan memastikan pemanduan dan pengendalian yang
cemerlang, model ini turut direka bagi mencapai standard kualiti
seperti Jepun.
Didatangkan
dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000 sehingga
RM75,000, dan enam pilihan warna, Proton Preve akan dilancarkan sedikit
masa lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara
itu, Proton Preve akan mula memasuki pasaran Asia dalam tempoh tiga
bulan selepas pelancarannya di Malaysia dan menyasarkan jumlah eksport
menyumbang lebih 30 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan model
Proton untuk tahun ini.
-sinarharian- gigitankerengga
Sumber biaqpila
0 comments:
Post a Comment