Thursday, May 31, 2012
Monday, May 28, 2012
Saturday, May 26, 2012
Contoh Pemimpin terbaik
Gambar yang memberi kita seribu makna... MB Kelantan melakukan solat sunat syukur selepas beliau ternampak pelajar-pelajar dari sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yg sedang sesi mukhayyam tarbawi melakukan solat sunat dhuha bersembahnyang tanpa mengunakan sejadah dan hanya berlantaikan tanah. MB Kelantan menangis teresak esak sewaktu melakukan solat sunat ni.
MB Kelantan menyatakan beliau menangis ketika melakukan solat sunat ni kerana terlalu gembira apa yg telah dilakukan oleh pelajar pelajar sekolah YIK berkenaan.
Thursday, May 24, 2012
Wednesday, May 23, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Debat PTPTN : Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan!!
Video Penuh Debat PTPTN!!
Pusingan Pertama
Pusingan Ketiga
Pusingan Kedua
Pusingan Ketiga
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.
Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.
Penyakit Pening Vertigo – Dunia Bagai Berputar
Masalah pening Vertigo – Penyakit ketidakseimbangan dalam telinga.
Ruang yang dilihat di sekelilingnya
seakan-akan sedang berputar. Pandangannya yang berpusing-pusing itu
seperti orang yang baru kali pertama menaiki roller coaster. Disertai
pula rasa loya dan muntah, si penderita keadaan ini adakalanya takut
untuk bergerak. Diagnosis Pakar Telinga, Hidung dan Tekak
(ENT), Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Kuljit Singh mendapati semua
itu adalah simptom kepada penyakit pening yang berpunca daripada
ketidakseimbangan dalam telinga atau dikenali juga sebagai vertigo. Jelas Kuljit, terdapat beberapa simptom yang
menjadi petunjuk kepada penyakit ini seperti pergerakan ritma mata yang
abnormal (nistagmus), pening serta loya dan muntah. Dalam kes-kes lazim, seseorang pada mulanya
hanya menganggap ia sekadar pening biasa, namun tidak dapat
menggambarkan keadaan sensasi tidak stabil, rasa melayang serta
penglihatan yang berpinar-pinar. “Bagi penghidap vertigo Benign Paroxysmal
Positional (BPPV), serangan seringkali berlaku ketika bangun tidur pada
waktu pagi dan disertai kombinasi simptom lain.
“Tempoh serangan mungkin hanya sekitar satu
minit namun sensasi serangan tersebut mungkin berakhir setelah beberapa
minggu,” jelasnya tentang episod pening melampau namun singkat itu.
Monday, May 21, 2012
Ceramah oleh Sdr Mohamad Ismail Saleh
Ceramah oleh Sdr Mohamad Ismail Saleh (Komando) di Kg Sri Ampang B pada 17 Mei 2012
Thursday, May 17, 2012
Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi Ramli
Yang Dinanti Bakal Tiba. Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi Ramli, anjuran Kumpulan Media Karangkraf akan dibawakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam ( Selasa, 22 Mei 2012 )
Sumber Kami Boikot Buletin Utama TV3
Monday, May 14, 2012
Sesuatu Yang Be End Tak Pernah Buat Untuk Rakyat 1 Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Program Jom
Shopping bagi Parlimen Lembah Pantai bagi Siri ke-5 telah diadakan di
Tesco Scott Garden, Jalan Klang Lama Ahad yang lepas (13 Mei 2012).
Seramai 200 peserta yang terpilih iaitu Warga Emas Anak Kelahiran Negeri
Selangor tetapi menetap di Lembah Pantai diraikan di dalam Program ini
bershopping bersama YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Kebanyakkan
daripada mereka melahirkan rasa gembira dan seronok diberikan Baucer RM
100.00 untuk membeli barangan keperluan harian. Sehingga kini, bagi
Parlimen Lembah Pantai, seramai hampir 500 warga emas telah diraikan di
dalam program Jom Shopping ini.
Bagi mereka yang masih belum mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas, sila hadir ke Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk mendaftarkan diri di bawah program ini.
Monday, May 7, 2012
Nurul Izzah mahu 6 penjelasan Majlis Fatwa
SAYA terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
mengenai fatwa berikut: "Adalah haram buat umat Islam menyertai
perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik."
Pertama, perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah
mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan
Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan
pilihan raya bebas dan adil tidak haram?
Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka
adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh
itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'.
Justeru, adakah tindakan ini haram?
Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang
orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan
kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia,
pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota
polis secara am - adakah semuanya haram?
Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor
Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan
merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam.
Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang
melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir,
Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi
undang-undang juga haram?
Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihan raya dengan berbagai
kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan
Daftar Pemilih (Akta Pilihan Raya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil
parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi
dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihan Raya -
Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihan raya tidak adil
melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah
perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15 peratus setiap kawasan,
penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik,
pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu -
adakah ia haram?
Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan
pilihan raya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan
haram?
Sebagai makluman, saya telah membuat pertanyaan rasmi di sidang
Parlimen yang lepas kepada Perdana Menteri merujuk soalan berikut pada
22 Mac 2012, iaitu minta Perdana Menteri menyatakan adakah Majlis Fatwa
Kebangsaan akan mengeluarkan Fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihan
raya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing
sebagai balasan sokongan kepada Kerajaan Pusat. Jawapan Senator (Mejar Jeneral Bersara), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri:" Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia berpandangan tidak ada keperluan untuk berbincang dan
memberikan fatwa berkaitan penipuan dalam pilihan raya. Ini kerana,
dalam Islam, hukum bagi sebarang bentuk penipuan adalah jelas iaitu
tidak dibenarkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah mempunyai undang-undang dan
peraturan yang boleh mengawal dan mengendalikan proses serta perjalanan
pilihan raya di Negara ini agar berlangsung dengan telus dan adil."
Malangnya jawapan yang diberikan oleh wakil Perdana Menteri iaitu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bahawa Majlis Fatwa tidak
perlu membuat fatwa di atas perkara yang ditanya walaupun semua bentuk
penipuan adalah tidak dibenarkan agama Islam.
Akhir sekali, saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dengan segera
memberikan jawapan kepada kesemua persoalan diatas agar kesucian Islam
terpelihara
* Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR
Sumber Sinarharian
Sunday, May 6, 2012
Saya tak pernah derhaka - Azmin Ali
Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk
patuh kepada tuntutan Al-Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah
kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta
mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi
pegangan saya.
Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.
Saya menyeru kepada media supaya tidak mengganggu ibu saya dan Umno
janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan
jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu
disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.
Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui
wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk
melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang
ditunggangi mereka.
Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah
ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno.
Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah
Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke
13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)